Khamis, 13 April 2017

Aspek Sains

Satu demi satu kuntuman flora berkembang
Unggas dan serangga datang menghirup madunya
Mereka bagaikan terkena tarikan magnet
Bau,warna jadi pemikat
Kesudahannya, pendebungan berlaku


Kemandirian spesies berterusan
Lahirlah  generasi baru dan mentari pun bersinar
Interaksi organisma masih wujud

Aku hidup dalam igauan
Konflik menawan diri
Seterusnya masih aku saksikan
Alam permai kehilangan hutannya
Udara nyaman mengasap, berdebu, pembakaran hutan
Ozon makin menipis, penerokaan hutan menjadi-jadi
Fotosintesis tidak akan dapat membekalkan
Oksigen secukupnya

Kilang bercambah bagai cendawan
Sulfur dioksida, nitrogen dioksida terampai di udara
Kondensasi menanti masa
Menggugurkan beban berasid
Kandungan nitrogen berkurangan
Menggugat alam indah ini

Sudahlah.. celikkanlah minda
Kekalkan flora dan fauna
Hijaukan bumi imbangi ekologi
Mari..mari.. usahakan syurga di bumi
Pelangi pasti kembali menyinari
Tujuh warna pasti diserakkan


1 ulasan:

  1. Minta izin sajak ini untuk saya deklamasikan dalam suatu pertandingan.

    BalasPadam

Tentang Diri

Aku yang sekarang Bagaikan sepi yang membisu Dalam kesunyian malam-malam kelabu Terdiam dalam rasa sendu Dan beku dalam kerinduan y...