Jika
diundurkan tika
Kau
akan lihat masa dulu kala
Terlihat
betapa pentingnya perjuangan
Terlihat
betapa besar dan agung
Jasa
dan keringat mereka taburkan
Wang,
tenaga, masa dan fikiran
Hanya
didambarkan untuk perjuangan
Satu
perjuangan yang lahir dari jiwa
Satu
perjuangan yag terbit dari naluri
Jiwa
mereka perkasa
Jiwa
mereka suci murni
Setiap
langkah hanya untuk anak bangsa
Perjuangan
mesti diteruskan
Kita
lihat tika ini
Bangsa
kita bangsa merdeka
Separuh
abad terpasak di dada dunia
Gah,
juara digeruni seantero
Malaysia…
Namamu
mekar sejarah
Perpaduan
utuh punca segala
Globalisasi
dunia pemangkin utama
Namamu
gah merentasi sempadan dunia
Ekonomi,
teknologi kepakaran terkini
Dihidang
semua untuk bangsa dicintai
Merdeka
separuh abad
Bukti
keagungan bangsamu
Bukti
kekuatan perpaduanmu
Anak
bangsa untung menikmati
Kerana
sejarah Malaysiaku
Yang
tak luput dek zaman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan