Khamis, 13 April 2017

Patriotisme

Tatkala aku mengagahi diri melalui kota raya
Aku mendongak melihat tiang-tiang seri mencecah awan
Rasa bangga bangsa berkobar-kobar di dada
Jauh sudah rupanya negaraku mengembara

Fikiran menggugah zaman remajaku
Zaman tiada gerbang tiada simbol pencakar langit
Yang ada hanya siulan burung di bendang
Tapi disana kaya kemanusiaan
Kaya keampunan dan kasih sayang
Kaya tangan menghulur bantuan
Di tengah ribuan wira tak didendang

Di luar sempadan ada cabaran
Dunia semakin deras bergelora
Tidak terperangkap dengan kata-kata
Yang cepat mendapat habuan luar biasa
Yang lambat mendapat sisa-sisa
Kita memilih sederhana daripada yang mutlak
Pelbagai daripada yang menyendiri
Percaya daripada mencurigai
Bersama daripada menguasai
Ke hadapan dengan acuan kita sendiri
Yang diwarisi tidak berkurang
Yang dijaga tidak susut

Di sini di bumi ini
Kita sulam pencakar langit dengan jernih susu kemanusiaan
Tiupkan serunai budaya cinta merentas sempadan
Sambal kemuncak panji-panji di puncak
Cemerlang,gemilang dan terbilang


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tentang Diri

Aku yang sekarang Bagaikan sepi yang membisu Dalam kesunyian malam-malam kelabu Terdiam dalam rasa sendu Dan beku dalam kerinduan y...