Persahabatan itu
sukar dilupa
Aku sering bertanya kenapa
Kerana kau tiada sama
Walau seiras tetap berbeza
Waktu sunyi datang menyapa
Wajahmu datang bersama rupa
Masa berlalu sedetik cuma
Kau menasihatiku erti kehidupan
Aku mengingatkanmu erti perjuangan
Semua bagai satu rancangan
Tersulam seni bersama kenangan
Kita sering juga bercanggah
Cuba bertahan tak mahu disanggah
Kau tetap begitu walau ditegah
Dan kita bersama senang dan susah
Aduhai teman seperjuangan
Dahulu kita satu aliran
Menagih ilmu kabur tujuan
Demi sebuah masa hadapan
Kini kita sudah dewasa
Detik remaja sudah dirasa
Walau perit dan penuh bisa
Semua berlalu mengiring usia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan