Khamis, 13 April 2017

Ekonomi

Tersebut kisah sebuah negara
Malaysia diberi nama
Kejayaan Malaysia amat dibanggakan
Ekonomi Malaysia menempa nama
Menjadi bualan bibir ke bibir warga 

Tatkala kejayaan terus ditempa
Malaysia pula terus mencipta nama
Dikala pemerhati turut merasa bangga
Disebabkan ekonomi Malaysia terus berjaya
Zaman demi zaman kejayaan diraih

Walaupun negara pernah dijajah
Para pejuang tidak pernah gentar
Mengangkat senjata dengan penuh semangat di dada
Berkorban apa jua nyawa dan harta
Sehingga Malaysia maju dipersada dunia

Semenjak merdeka tahun 1957
Ekonomi negara kebanggaan kita
Walaupun merosot disini sana
Kita masih mampu berdiri teguh
Meraih kejayaan abadi

Ekonomi berkembang
Kualiti hidup rakyat makin meningkat
Kesihatan, pendidikan, keperluas asas dan kebajikan
Kian menjulang
Hasil perpaduan kaum
Toleransi sesama masyarakat
Ekonomi kian melonjak naik hingga ke pelosok dunia
Majulah malaysiaku tanah air tercinta

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tentang Diri

Aku yang sekarang Bagaikan sepi yang membisu Dalam kesunyian malam-malam kelabu Terdiam dalam rasa sendu Dan beku dalam kerinduan y...